Wednesday, December 16, 2009

kejohanan bowling.............

Sabtu minggu lepas Pemuda dan Puteri UMNO Dun Paya Rumput
ada anjurkan Kejohanan Bowling piala jeperun.
jadi dia orang suruh anto 3 orang setiap Cawangan.
jadi pemuda UMNO Cawangan aku sepakat suruh
Ketua Pemuda,Naib Ketua Pemuda dan SU Pemuda yang masuk.
(yang lain tak minat nak main bowling)

tapi sebelum dari hari tu dia orang ajak pergi latihan.
masing2 dah sibuk dengan keja jadi tak sempat lah pergi latihan.
jadi hari sabtu tu pergi main dengan nekad aje lah.
takde mengharapkan kemenangan pun.....
ada 15 cawangan yang bertanding.......

jadi aku dgn SU pemuda Aku nie main memain ajelah
sebab dah tak training.
kena plak berpasangan dengan puteri cawangan aku yang langsung tak pandai main,
lagi lah membuatkan aku dgn dia tak semangat nak main.
bila dah habis main,kena tunggu keputusan.
last2 cawangan aku dapat no 6 dari 15 cawangan yang bertanding...



 

balik aje taman aku,Ketua UMNO aku Bangga Dengan kita org walaupun dapat no 6 dan
main tipu hehehehehehehehehe...................

QRT.......
73...............

masa untuk sekeluarga...........

Seminggu sebelum raya korban aku dah buat perancangan nak buat BBQ dengan family aku.....
jadi sehari sebelum raya korban tu aku dengan mama pergi Tesco
nak beli daging n ayam.
bila aku bawa balik daging n ayam tu,terus mak aku tanya 'ko nak buat apa nie'
aku cakap 'mak tolong perapkan,nanti besok petang kita buat makan2 yer'.
jadi mak aku tak sempat nak perapkan jadi kakak sulung aku yang jadi mangsa perapkan.


jadi petang raya korban tu aku dengan ipar sulung aku pun start lah bakar daging n ayam tu.

aroma dah memang tak bleh cite lah.rasa lagi lah payah nak cite.memang power gila
rasa dia.aku buat dua perisa.perisa blackpaper n tandori.
last sekali licin semua ayam n daging tu
tapi yang penting aku gembira dapat duduk dengan semua adik beradik aku.

QRT......
73......

Semangat!!!!!!!!!!!!!!!!

Kat taman aku nie memang ada semangat kekeluargaan dan semangat gotong-royong yang tinggi.apa-apa majlis pun dia orang akan sama2 bergotong-royong.tak kira tua atau muda akan sama2 membanting tulang membuat kerja.




 

buktinya aku tunjukan gambar masa hari raya korban hari tu.
yang pemuda tumbangkan lembu dan yang petua(heheheehehehhehehehe) potong daging dan asing2kan
semangat nie yang aku nak walaupun nanti aku yang akan jadi generasi tua kat taman tu.
tapi generasi sekarang ada ke mcm tu,
semanggat bergaduh,rempit dan cabar-mencabar ada lah pada dia org
entahlah???????????

QRT......
73.....

Monday, November 23, 2009

banjir!!!!!!!!!!!!!!

minggu lepas opis aku bajir.bukan sebab hujan tapi sebab opis tingkat 5,paip kat pantry dia orang pecah dari tengah malam jadi air turun kat opis aku........
 aku datang pagi2 buta dengan semangat kerja yang baik punyaaaaa....tiba2 aku denga air mencurah2,aku ingat air kat toilet.bila aku pergi tengok,takde plak air yang terbukak kat toilet tu.jadi aku malas nak layan sangat sebab opis aku nie mcm puaka nyiang rapik sikit hehehehehe.....
bila aku buka pintu aje...hambik kau.....belambak air bertakung......jadi aku takut nak buka lampu sebab takut kejang aku kat situ kang....akde sape nak tolong kang....
jadi aku terpaksa tunggu bos aku dtg untuk tindakan selanjutnya..(biasalah dah opis kerajaan,mana bleh pandai2)
nak tak nak aku kena jadi pesawah moden,redah air untuk alihkan Fail2,komputer n mcm2 lagi.kena plak aku sensorang yang buat keja,yang lain buat bodoh dan pandai bagi arahan aje.dah tu dengan pakaian batik yang paling hensem(hehehehehe)plak tu...Adoiaiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!

pic masa banjir tu aku tak sempat ambik sebab aku dah bz gila kena alih kan barang2
yang ada pun pic lepas sehari banjir







nie suma barang yang aku alihkan dan jemur,habis dalam bilik mesyuarat pun aku jemur kan fail2 dan
resit2.

QRT........
73.......



Monday, November 9, 2009

amatur radio

aku mula berminat kat walkie talkie nie dari aku mula keja kat JAIM nie.
bila ada majlis hari guru,penyampaian sijil,aktiviti ilmiah dan lain2,
alat perhubungan nie lah yang akan digunakan.
kalu nak guna handset memang habis credit atau sakit tekak nak terjerit-jerit.

dan bermula satu hari tu aku tanya pendapat YL aku pasal nak menceburi bidang amatur radio nie,
YL aku tak kisah janji jgn abaikan dia.
jadi aku mula lah mencari blog rakan2 yang dah lama dalam amatur radio
dalam cari punya cari,aku terjumpa dgn blog abg sham(9w2mhg) kebetulan
duduk di bukit rambai.jadi aku pun sms abg sham nie untuk bertanya
pasal amatur radio nie,jadi abg sham ajak aku lepak kat lokalan bukit rambai atau dikenali sebagai V32,
sebab kat sana ramai gak rakan2 yang boleh membantu pasal
amatur radio nie.aku berterima kasih yang teramat sangat kat abg sham
kerana membantu aku dalam mengenali amatur radio nie.


skang nie aku tengah study pasal amatur radio nie sebab bulan 12 aku dah nak exam.
nak main amatur radio nie kena ambik exam untuk dapatkan lesen.
sambil2 tu aku moniter gak rakan2 yang QSO mengunakan budak kecik aku.




Nie lah budak kecik yang aku sedang gunakan.






  jadi aku berharap dapat lulus dalam exam dan dapat lesen supaya
aku lebih berani untuk QSO.

apa pun aku bleh cakap,main amatur radio nie memang best sangat2.
jadi pada sesiapa yang berminat pasal amatur radio nie
aku galakkan sangat2 main amatur radio nie sebab banyak kebaikan nya...
QRT...
73....

Thursday, November 5, 2009

Berfikirlah Sejenak

Kali petama aku tengok iklan nie,aku bertanya kat dalam hati nie "kenapalah iklan mcm nie takde kat malaysiakan.aku harap sangat2 iklan mcm nie ada kat malaysia.biar bagi kesedaran sikit kat hamba allah di malaysia nie.

apa2 pun korang layan dulu iklan nie dan berfikirlah.



Tuesday, November 3, 2009

Suratan atau Kebetulan.

aku tak tau lah kenapa bila tiba hujung tahun aje,macam2 masalah yang datang mencari aku.
tapi aku percaya tu semua ujian dari tuhan yang maha besar.
aku sebagai hamba dia kena lah bersabar aje...

nie ujian aku yang pertama.........

kesian kodok aku nie..




Ujian aku yang kedua....
Aku jatuh bersama-sama kuda besi aku.
Semalam aku pergi hantar surat kat pejabat pos.
time nak balik ke pejabat aku tu aku dah tak sedap hati sebab tiba2 terbayang
benda yang bukan2.Jadi nak atau tak aku pun tunggang ajelah kuda besi aku nie.
sampai kat satu sempang nie aku pun masuk lah sebab takde kereta.
Masa tengah layan corner tiba2 aku rasa tayar depan aku dah tergelincir.
jadi paham2 aje lah apa yang berlaku selepas tu.
(tak bleh nak cite sebab kejadian nie sadis sgt heheheheh.......)
bila aku bangun aje terus aku tuju kat kuda besi aku sebab tu yang penting.
alhamdulillah lah sebab aku dan kuda besi aku takde apa2
aku bersyukur sgt2.....

Bila kita dah berhati-hati,tapi tetap jadi juga kan......
itu lah yang dinamakan kuasa tuhan...
tiada siapa yang boleh halang atau mengelak
(sebarang rayuan tidak akan dilayan....heheheheh....)


setakat nie aku masih boleh bersabar dan terima aje ujian yangn diberi
alhamdulillah...
QRT..
73..